Lazimnya sebagaimana yang umum ketahui apabila kita menghantar pakaian ataupun apa saja barangan untuk dicuci di dobi milik pengusaha Islam atau bukan Islam, apabila kita mengambilnya kembali ia kelihatan amat bersih apatah lagi dengan semburan bau-bauan yang harum kita pasti merasakan pakaian kita amat menyegarkan dan secara amnya kita menganggap ia sudah cukup bersih.
Islam mengklasifikasikan air kepada 5 bahagian.
Air Mutlak
Ia adalah air Mutlak yang mana ia suci lagi menyucikan.
Air Mutannajis
Air Mutannajis pula adalah air yang bercampur najis.
Air Mutaghair
Air yang suci dan bercampur dengan benda lain yang suci tetapi tidak menyucikan
Air Musta'mal
Air yang telah digunakan dan ia suci tetapi tidak menyucikan
Air Musyammas
Air dalam bekas berkarat yang terjemur kecuali dalam bekas emas dan perak
Najis pula dibahagi kepada 3 kategori:
Najis Mukhaffafah
Najis ringan seperti air kencing bayi lelaki yang berusia di bawah 2 tahun yang hanya minum susu ibu sahaja
Najis Mutawasittah
Najis pertengahan iaitu selain dari najis ringan dan najis berat seperti muntah, darah, air mazi, air kencing dan sebagainya. Cara mencucinya ialah dengan mengalirkan Air Mutlak sehingga hilang bau, warna dan rasanya (melalui kulit/tangan)
Najis Mughallazah
Najis berat berkaitan dengan anjing dan babi. Di sinilah
DOBI TAHARAH memainkan peranannya. Dari peringkat pengurusan hingga ke peringkat pengendali, kami akan mengendalikan cucian mengikut cara-cara dan kaedah-kaedah yang berlandaskan SYARI'AT ISLAM. Dalam dunia yang cukup mencabar pada hari ini,
DOBI TAHARAH sedar tentang perkara najis yang menghampiri diri kita terutama melalui pakaian.
Cucian bercampur aduk tentunya sering berlaku dan sekiranya perkara berkaitan dengan Fardhu Kifayah ini tidak diambil berat nescaya ia akan merosakkan Iman dan Amal kita. Mengerjakan solat adalah kewajipan dan kesucian pada diri serta pakaian semestinya perlu diutamakan.
 |
| Telaga untuk cucian najis berat |