Thursday, 13 September 2012

Cucian & Ampaian

Untuk lebih jelas, kami berikan 2 contoh. Yang pertama Cucian serta air bilas/lalu. Yang kedua ialah Ampaian. Sekiranya terdapat pakaian yang terkena najis seperti air kencing anak kecil, DOBI TAHARAH akan mengasingkan cucian ini. Air cuciannya pun akan kami  pastikan tidak bercampur aduk dengan pakaian yang lain. Terlebih dahulu, pelanggan perlulah menyatakan kepada kami pakaian mana yang telah terkena najis ringan tadi. Ini sangat penting sebelum melalui proses seterusnya.

Untuk najis berat pula, DOBI TAHARAH akan menyamaknya mengikut kaedah-kaedah yang telah disyari'atkan iaitu tanah liat, air tanah, telaga ataupun perigi dan sebagainya.

Contoh yang kedua iaitu Ampaian. DOBI TAHARAH akan sedaya upaya mengeringkan dengan kaedah semulajadi iaitu menggunakan cahaya matahari. Ia kaedah terbaik untuk membunuh kuman. Ampaian kami juga TIDAK terdedah kepada kemungkinan terkena najis haiwan seperti anjing, cacing, bakteria dari tanah dan sebagainya. DOBI TAHARAH tidak mengamalkan jemuran secara bentangan di atas padang atau tanah lapang seperti yang biasa kita lihat.

No comments:

Post a Comment